0

Drama Korea Coffe Prince

Senin, 03 September 2012
Share this Article on :

sinopsis

COFFE PRINCE


Yoon Eun Hye melakonkan watak seorang gadis tomboi, Go Eun Chan yang sering disalah sangka sebagai lelaki. Terdesak kerana menjadi tunggak pendapatan keluarga selepas ayahnya meninggal, Eun Chan terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk meraih pekerja di sebuah kafe, Coffee Prince yang kesemua pekerjanya adalah lelaki.

Pengurus kafe tersebut ialah Choi Han Kyul (lakonan Gong Yoo), anak orang kaya yang sebelum ini lebih gemar hidup santai tanpa perlu bekerja keras, selain sombong serta tidak percayakan cinta. Keluarga Han Kyul sudah lama cuba mengaturkan jodoh untuknya, namun pertemuan dengan Eun Chan telah membuahkan idea buat Han Kyul bagi mengelakkan daripada dikahwin paksa - mereka berpura-pura menjadi pasangan gay.

Namun, dalam pada menghabiskan banyak masa bersama di Coffee Prince, Han Kyul tiba-tiba mendapati timbul perasaan cinta dalam dirinya terhadap Eun Chan. Han Kyul terpaksa berperang dengan emosi dan naluri dirinya kerana dia bukan lelaki homoseksual, sedangkan dalam masa yang sama Eun Chan pula turut jatuh cinta kepada Han Kyul tetapi terpaksa merahsiakan dia sebenarnya perempuan.



Artikel Terkait:

0 komentar:

Posting Komentar